Mengenai Kami
Syarikat kami KLIK INNOVATIONS SDN. BHD. (1467681-U), merupakan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar dengan SSM. Kami merupakan penyedia perkhidmatan dan perundingan dalam bidang IT dan komunikasi. Antara produk perisian kami yang utama adalah perisian untuk Payment Gateway. Perisian kami telah digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat tempatan dan luar negara untuk laman e-dagang mereka.
Sejak kemelut pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, kadar transaksi perniagaan secara offline telah menurun dengan ketara. Transaksi offline ini ialah di mana peniaga menawarkan produk / perkhidmatan mereka melalui premis perniagaan seperti kedai, gerai atau restoran dan pelanggan akan hadir ke tempat mereka untuk mendapatkan produk / perkhidmatan tersebut.
Melihat kepada situasi ini, pihak kami telah membangunkan platform Bazaar Online yang dinamakan klikBazaar yang boleh digunakan secara PERCUMA untuk memudahkan peniaga menukar konsep mereka daripada transaksi offline kepada transaksi online. Ia juga akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan keperluan harian mereka secara online dan on-demand delivery.