Pengurusan Gerai (Stall Management)

Setelah permohonan gerai anda diluluskan, anda boleh menguruskan operasi gerai melalui menu Operasi Gerai di Halaman Penjual. Berikut ini adalah panduan mengenai pengurusan gerai dan mod percubaan.

After your stall has been successfully approved, you can start managing your stall operation through the Stall Operation menu on Seller Centre page. Below are some of the guidelines on how to manage your stall operation and testing mode.

  1. Status Operasi (Operation Status)

    Status ini akan menunjukkan status beroperasi untuk gerai anda. Anda boleh memilih untuk membuka gerai ataupun menutupnya mengikut waktu operasi anda. Ketika gerai anda dalam mod DITUTUP, sistem akan memberitahu pelanggan anda bahawa gerai anda belum beroperasi pada waktu tersebut. Semua tempahan masih boleh dilakukan dan pembayaran juga boleh diterima pada waktu ini.  Namun pelanggan akan menunggu sehingga gerai anda dibuka untuk anda mula menyiapkan tempahan tersebut dan kemudian menghantarnya kepada mereka. Anda boleh menukar status operasi dengan mengklik pada label status tersebut.

    This status will show the current operation status of your stall. You can choose to open or close your stall operations according to your stall's standard operation hour. When your stall is in CLOSED mode, the system will notify your customer that it is currently outside of your operation hour. All orders can still be made and payments will still be accepted during this time. However your customer will have to wait until you start your operation hour to start preparing for the order and later delivering it to them. You can change the operation status by clicking on the status label.

  2. Mod Pembayaran Payment Gateway (Payment Gateway Payment Mode)

    Pada peringkat permulaan status pembayaran adalah dalam mod percubaan. Ini membolehkan anda untuk menyiapkan senarai semua barangan/perkhidmatan anda ke dalam sistem. Pelanggan anda dan juga anda sendiri boleh mencuba aliran proses pembelian dan pembayaran untuk gerai anda dalam mod percubaan ini. Namun hanya pembayaran percubaan boleh dilakukan dalam mod ini dan sistem tidak akan menerima pembayaran sebenar. Sila teruskan membaca pada bahagian berikutnya dari panduan ini untuk cara-cara pembayaran percubaan.

    Terdapat dua jenis platform pembayaran yang disediakan oleh sistem ini iaitu VerixPay dan toyyibPay. Berikut ini adalah langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk mod percubaan ini:

    a. VerixPay - ada dua senario pembayaran dari VerixPay iaitu pembayaran percubaan berjaya dan pembayaran percubaan gagal.

       a.1. Untuk pembayaran percubaan yang berjaya, sila gunakan pilihan berikut ini:
           i) Pilih pembayaran melalui Visa/Mastercard, masukkan nombor kad percubaan iaitu: 4111 1111 1111 1111
           ii) Pilih tarikh luput kad iaitu sebarang kombinasi Bulan/Tahun yang lebih besar dari tarikh sekarang ini
           iii) Masukkan apa-apa kod CVV selain dari 005
           iv) Anda akan berjaya melakukan pembayaran percubaan tersebut dengan langkah-langkah ini

       a.2. Untuk pembayaran percubaan yang gagal, sila gunakan pilihan berikut ini:
           i) Pilih pembayaran melalui Visa/Mastercard, masukkan nombor kad percubaan iaitu: 4111 1111 1111 1111
           ii) Pilih tarikh luput kad iaitu sebarang kombinasi Bulan/Tahun yang lebih besar dari tarikh sekarang ini
           iii) Masukkan kod CVV bersamaan dengan 005
           iv) Proses pembayaran akan berstatus gagal/ditolak dengan langkah-langkah ini

    b. toyyibPay - ada tiga senario pembayaran yang disediakan oleh toyyibPay iaitu pembayaran percubaan berjaya, tertangguh dan gagal.

       b.1. Untuk pembayaran berjaya, pilih SBI Bank A pada halaman pembayaran
       b.2. Untuk pembayaran gagal, pilih SBI Bank B pada halaman pembayaran
       b.3. Untuk pembayaran tertangguh, pilih SBI Bank C pada halaman pembayaran (toyyibPay akan membuat callback untuk status pembayaran tersebut selepas 30 minit)

       Untuk kesemua pilihan bank di atas, gunakan maklumat login seperti di bawah ini:
             Username: 1234
             Password: 1234

    The payment mode will be set to testing mode during the initial setup of your stall. This will allow you to complete entering your product/services list into the system. You and your customer will be able to test the process flow of purchasing and payment for your stall during this testing mode. However only test payments can be made during this period and the system will not allow any real payment. Please continue reading the next part of this guideline on how to establish the testing payments.

    There are two types of payment platform that this system provides which are VerixPay dan toyyibPay. Below are the steps required to proceed with the payment testing:

    a. VerixPay - there are two payment scenarios for VerixPay which are payment success and payment failed.

       a.1. Please follow these steps for successful test payment:
           i) Select payment with Visa/Mastercard, enter the testing card number: 4111 1111 1111 1111
           ii) Select card expiry date using any combination of Month/Year which is greater than the current date
           iii) Enter any CVV code other than 005
           iv) You will succeed with the test payment using the above steps

       a.2. Please follow these steps for a failed payment:
           i) Select payment with Visa/Mastercard, enter the testing card number: 4111 1111 1111 1111
           ii) Select card expiry date using any combination of Month/Year which is greater than the current date
           iii) Enter 005 for the CVV code
           iv) You will get a failed test payment using the above steps

    b. toyyibPay - there are three payment scenarios for toyyibPay which are success, delayed and failed.

       b.1. Select SBI Bank A on the payment page for a successful payment
       b.2. Select SBI Bank B on the payment page for a failed payment
       b.3. Select SBI Bank C on the payment page for a delayed payment (toyyibPay will do a callback after 30 minutes to update the status)

       For all of the above banks, please use the following login information:
             Username: 1234
             Password: 1234

  3. Mod Pembayaran Sebenar (Real Payment Mode)

    Untuk mengaktifkan gerai anda, pilih Mod Pembayaran Sebenar pada Mod Pembayaran Payment Gateway. Sekiranya anda tidak memilih mod ini maka gerai anda masih dalam mod percubaan dan tidak akan menerima tempahan sebenar dari pelanggan walaupun status operasi gerai adalah DIBUKA.

    To activate your stall, select Real Payment Mode for Payment Gateway Payment Mode. Your stall will still be in testing mode if you did not change this payment status and will not accept any real order from your customer even your operation status is set to OPEN.

Keterangan Artikel

ID artikel:
7
Penilaian :

Artikel berkaitan