Bagaimana hendak mendaftar sebagai pembeli (How to register as buyer)?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar sebagai pembeli dan seterusnya dapat menggunakan platform kami untuk membeli produk/perkhidmatan yang anda ingini.

Follow the steps below on how to register as buyer and subsequently be able to use our platform to purchase products/services that you want.

  1. Daftar sebagai pembeli (Register as buyer)

    Anda boleh mendaftar menggunakan ikon menu Daftar Pembeli di halaman utama klikBazaar. Anda akan dibawa ke halaman Daftar. Anda boleh mendaftar menggunakan akaun Google atau daftar menggunakan e-mail.

    Untuk mendaftar menggunakan Google, anda perlu klik di butang Log in with Google di sebelah bawah borang pendaftaran tersebut. Seterusnya anda akan dapat memilih akaun Google anda dan log masuk ke akaun tersebut lalu sistem akan mendaftarkan akaun Google anda sebagai pengguna sistem.

    Untuk mendaftar menggunakan e-mail, anda hanya perlu mengisi maklumat asas untuk pendaftaran seperti di borang tersebut. Seterusnya klik pada butang Daftar.

    (Nota: Buat masa ini pendaftaran menggunakan Facebook masih belum aktif lagi)

    You can register using the Register As Buyer menu icon from the main page of klikBazaar. You will be brought to the Register page. You can register using your Google account or your e-mail.

    To register using your Google account, you need to click on the Log in with Google button below the registration form. After that you should be able to choose your Google account and log in to it and then the system will register your Google account as a system user.

    To register using your e-mail, you just need to fill in all the basic information as shown on the registration page. Then click on Register button.

    (Note: For the time being the registration using Facebook is not available yet)

  2. Kemaskini maklumat profil (Update profile information)

    Setelah pendaftaran berjaya dilakukan anda akan dibawa ke halaman Akaun Saya. Anda boleh menggunakan menu di sebelah kiri untuk capaian ke bahagian-bahagian tertentu di halaman ini. Sekiranya anda mendaftar menggunakan akaun Google anda maka status e-mail anda secara automatik menjadi TELAH DISAHKAN. Namun sekiranya jika anda mendaftar menggunakan e-mail maka status tersebut adalah BELUM DISAHKAN.

    Untuk membuat pengesahan e-mail, anda perlu membuka e-mail yang kami hantar kepada anda semasa pendaftaran dan dapatkan kod pengesahan dari e-mail tersebut. Jika anda tidak menerima e-mail dari kami ke dalam direktori Inbox anda, sila semak pada direktori Spam/Junks. Seterusnya pada halaman Akaun Saya tersebut di bahagian Profil, klik pada butang Sahkan E-mail. Masukkan kod pengesahan dan seterusnya klik butang Sahkan. Jika anda masih tidak menerima e-mail dari kami, anda boleh mendapatkannya semula dengan mengklik pada butang Hantar Semula Kod. Sekiranya status e-mail belum disahkan anda tidak akan dibenarkan untuk membuat  sebarang pembelian.


    Setelah pengesahan e-mail berjaya, anda perlu mengemaskini bahagian Profil anda untuk maklumat lengkap pembeli.

    After your registration is successful, you will be brought to the My Account page. You can use the menu on the left side of the page to access certain sections of this page. If you register using your Google account you will see that your e-mail status is VERIFIED. But if you register using your e-mail, then your e-mail status will be UNVERIFIED. 

    To verify your e-mail, you need to open an e-mail that was sent by us during registration and then get the verification code in that e-mail. If you did not receive the e-mail from us in your Inbox, please check under Spam/Junks folder. After that from the My Account page under Profile section, click on the Verify E-mail button. Enter the verification code then click on the Verify button. If you still did not receive an e-mail from us, you can click on the Resend Code button to get the verification code again. If your e-mail status is not verified, you would not be able to make any purchases.

    After you have successfully verified your email you need to update your Profile section as a complete information as a buyer.


  3. Kemaskini alamat penghantaran (Update delivery address)


    Setelah profil anda dikemaskinikan, anda perlu mengemaskini alamat penghantaran pula. Alamat penghantaran sangat penting untuk membolehkan sistem mengetahui jarak antara alamat anda dengan lokasi gerai seterusnya mengira kos penghantaran untuk setiap pembelian anda.

    Anda boleh menambah beberapa alamat penghantaran dengan menamakannya untuk rujukan anda seperti Rumah, Pejabat dan sebagainya. Setelah anda memasukkan maklumat alamat anda sila klik pada ikon 
    untuk mengemaskini lokasi GPS berdasarkan alamat anda tersebut. Peta Google akan dipaparkan dibawah alamat tersebut untuk anda menyemak posisi tersebut adalah tepat. Setelah itu anda klik butang Tambah atau Simpan untuk menyimpan alamat tersebut. Untuk anda menambah alamat baru, masukkan semua maklumat alamat dan klik butang Tambah. Anda boleh klik dari senarai alamat untuk memilih sebagai alamat utama dan anda perlu klik butang Simpan untuk menyimpan penetapan tersebut.

    After your profile has been updated you need to update your delivery address. This delivery address is very crucial to determine the distance between your address and the stall`s address for delivery charge calculation of your purchase.  

    You can add several delivery addresses and name it for your future reference such as Home, Office, etc. After you entered all address information, click on the  icon to update the GPS location based on the address that you have keyed in. A Google map will be displayed below the address to show the correct position of your location for verification. After that click on the Add or Save button to save the address. To add new address, fill in all required information then click on Add button. You can select the address by clicking from the list of saved addresses as the default address, then click on Save button to save your settings.